Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah

Hari ini adalah 1hb Muharram 1430H - tahun baru hijrah. Apa azam tahun baru? Azam saya tahun ini yang paling utama ialah saya mahu menjadi ibu yang lebih penyabar dan bijak dalam menguruskan anak-anak yang masih kecil. Mereka memang nakal - sudah begitu sifat anak kecil, lebih-lebih lagi anak lelaki. Kitalah yang harus lebih sabar dan lebih bijak menghadapi mereka.

Saya rasa saya harus lebih cepat dalam membuat kerja rumah. Hari harus dimulakan seawal pagi. Mandi dan solat subuh sebaiknya dilakukan sebelum mereka bangun dari tidur. Baju harus digosok sebelum tidur malam sebelumnya. Sarapan yang ringkas - roti atau cereal. Tepat pukul 8pg, semua harus bergerak keluar rumah.

Saya masih ada masa 1 bulan untuk bersiap sedia sebelum kembali bekerja. Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan tugas saya!

No comments: