Friday, December 5, 2008

Tempoh Berpantang(2)

30/12/2008 (Ahad)

Hari ini hari Ahad. Hari kedua berurut. Mama masak nasi ayam untuk makan tengahari sebab semua anak-anaknya berkumpul kecuali Rina.

Payudara masih sakit bila dihisap sikecil. Bilalah agaknya rasa sakit ini akan hilang?

Baby masih belum pandai senyum. Tidur saja kerjanya. Alhamdulillah, malam cuma terjaga untuk menyusu walaupun lebih kerap dari waktu siang. Takpe, sekurang-kurangnya saya bolehlah tidur barang 1/2 jam atau sejam sebelum dia bangun untuk menyusu lagi.

Petang, abang datang bawa emak dan anak-anak. Terubat rasa rindu pada Iqbal dan Imran. Si Imran, hidungnya merah macam ada rashes. Kepala pula benjol. Aduhai anak mama, baru tinggal beberapa hari, dah macam ini rupanya. Kalau tinggal lama-lama?

Emak cakap hari Rabu depan dia nak balik kampung-ada mesyuarat tentang tanam semula getah. Nak bawa anak-anak sekali sampai raya. Lepas raya, bolehla balik sini. Saya pandang abang. Dia angkat bahu...

"Takpe la mak, bawak la diorang sekali. Kat sini pun tak ada siapa nak tolong tengokkan.." saya bersuara, di luar sedar barangkali.

Eh, nanti hari raya, diorang ni tak adalah...?! Macam mana ni?

1/12/2008 (Isnin)

Hari ketiga berurut. Mama tak boleh tunggu sebab dia kena mengajar aerobik. Sedang diurut, jiran sebelah datang melawat. Selepas selesai berurut, kakak tukang urut tolong mandikan baby. Alhamdulillah...

Tengahari-mama balik dan abang pun datang. Pukul 2 ptg dia kena pergi ke klinik untuk melaporkan yang saya sudah bersalin.

Payudara masih macam semalam. Perut pun kadang-kadang ada juga rasa sakit. Ini mungkin sebab rahim sedang mengecut. Darah nifas pun makin kurang.

2/12/2008 (Selasa)

Pukul 10pg- Jururawat dari Klinik Kesihatan datang ke rumah. Dia periksa tekanan darah, perut dan jahitan di bawah tut... Periksa baby juga. Tak ada kuning. Alhamdulillah, semuanya okay.

3/12/2008 (Rabu)

Pukul 10pg- Seperti semalam, jururawat datang lagi. Bagus juga ya ada perkhidmatan kesihatan macam ini. Percuma saja! Saya diberi temujanji hujung bulan ini untuk imunisasi baby yang pertama - 30/12/2008. Dan saya juga harus buat MGT- ujian untuk pastikan saya samada saya masih ada diabetes atau tidak (Saya dikesan ada gestational diabetes semasa 28 minggu hamil) pada 9/1/2008. Saya juga beritahu yang saya mahu pakai perancang keluarga - lebih spesifik, alat dalam rahim (IUD). Boleh dia kata tapi kena buat appointment dulu dengan Dr.

Hari ini juga kami sudah confirm nama baby- Iman Nur Aqilah binti Khairil-Azman, maksudnya kepercayaan cahaya orang yang bijaksana/berakal. Mudah-mudahan Iman akan menjadi seorang yang kuat imannya dan sentiasa berfikir dan menggunakan akalnya untuk mengabdi diri buat PenciptaNya.

4/12/2008 (Khamis)

Seperti semalam, jururawat datang lagi dan hari ini sekejap saja sebab ibu dan baby okay dan sihat. Katanya dia akan datang lagi hari ke-10, maknanya minggu depan, untuk timbang baby.

Tidak ada apa yang menarik hari ini kecuali saya rasa payudara saya sudah tak sakit lagi.Waktu petang, saya rasa susu banyak dan saya cuba untuk perah guna pam manual Medela Harmony. Alhamdulillah, dapatlah 3oz. Boleh tahan!

No comments: