Friday, July 10, 2009

Selamat Kembali


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sudah lebih 7 bulan saya meninggalkan blog ini. Sepi, terbiar dan bersawang! 7 bulan ini saya bergelut dengan rutin hidup tiada sudahnya. Akhirnya saya terfikir, selagi saya tidak cuba untuk menyambung blog ini, selagi itu cita-cita saya untuk menjadi penulis tidak akan tercapai.

Saya mahu menulis untuk berdakwah. Menyampaikan walau sebaris ayat, mudah-mudahan pahalanya akan menjadi bekalan untuk menemani saya di alam barzakh yang gelap. Seperti madah di atas, saya perlu serahkan urusan dunia kepada Pencipta saya. Apa yang perlu saya risaukan ialah urusan akhirat saya...luluskah saya nanti di Mahkamah Keadilan Yang Maha Esa?

No comments: