Berikut adalah catatan di waktu saya berpantang selepas kelahiran sang putri ini:
28/11/2008 (Jumaat)
Malam tadi baby tidak tidur lena. Setiap setengah jam, dia akan terjaga dan menjerit meminta susu. Aduh anak mama, mama nak ke bilik air pun susah. Akhirnya, mama tinggal saja sebaik sahaja dia tertidur. Dari dalam bilik air, sudah terdengar dia menjerit lagi...
Antara tidur dan tidak, siang akhirnya menjelma. Selepas subuh sewaktu baby masih lena, saya segera membersihkan diri. Jururawat datang dan memeriksa tekanan darah dan suhu badan. Suhu badan saya tinggi sedikit-38'- demam ni, kata jururawat yang manis itu. Dia segera beredar dan kembali semula dengan dua biji paracetamol.
Baby masih lena. Saya mengambil kesempatan ini untuk berbaring dan cuba untuk tidur. Lebih kurang 2 jam kemudian, saya terjaga. Dua teman sebilik sudah ada di katil masing-masing. Nampaknya mereka sudah bersalin awal pagi tadi. Dua-duanya anak perempuan juga! Tapi yang seorang itu anaknya di ICU-lemas semasa hendak keluar. Kasihan sungguh. Katanya dia tidak sedar yang kepala baby sudah keluar dan dia menarik nafas. Langsung kepala baby termasuk kembali dan baby tertelan air ketuban-lemas di dalam. Mudah-mudahan babynya selamat.
Pukul 11pg-Dr datang memeriksa saya. Saya sudah tidak demam. "Sudah kencing? Baby sudah berak?" tanya Dr sambil menekan-nekan perut saya yang masih macam orang mengandung 5 bulan. "Sudah Dr" "Ok, bolehlah balik hari ini, lepas result darah baby keluar".
Mama telefon. Saya segera beritahu mama yang saya sudah boleh keluar tengahari ini. "Ok,mama kemas rumah dulu dan masak. Lepas itu,mama dan abah datang ambil kak ifa." Alhamdulillah, darah baby normal, saya boleh balik, yahoo!
Saya telefon abang, minta abang datang terus ke rumah mama. Lega sungguh dapat pulang ke rumah. Tapi saya rindukan Iqbal dan Imran. Malam tadi dapat bercakap dengan mereka di telefon. "Mama kat mana? Kenapa tak balik?" Aduh anakku, luluh hati mama mendengarnya. Sekarang mama tak sihat sayang dan mama tak mampu untuk menjaga kalian sendirian. Kenalah duduk dengan ayah dulu ya!
Malam itu abang telefon, katanya mahu balik kampung, ambil emak untuk tolong jagakan anak-anak di rumah. Alhamdulillah, selesailah satu masalah!
29/11/2008 (Sabtu)
Hari ini saya mula berurut, tungku dan bertangas. Ini sahajalah masa untuk memanjakan diri. Di waktu lain, saya tidak pernah punya kesempatan untuk berurut.
Hari kedua, payudara saya masih sakit bila baby menghisapnya. Hampir menitis air mata dibuatnya. Saya kuatkan hati. Patutlah ramai ibu yang tewas- tak mahu menyusukan anaknya kerana sakitnya bukan kepalang. Sabar...saya memang mahu menyusukannya selama yang mungkin. Mudah-mudahan Tuhan permudahkan jalannya.
Adik-adik saya pulang ke rumah mama untuk melihat ahli keluarga yang terbaru ini. Mereka tanya apa nama baby? Oh, baby ini masih belum punya nama...bukan tidak ada tapi belum confirm yang mana satu. Tunggulah dua tiga hari lagi, ilham belum muncul!
Seluruh keluarga gembira dengan kelahiran baby ini. Mungkin sebab baby sudah lama kami tak terima baby girl. Yelah, atuk dan eyang setakat ini sudah ada 6 hero. Tentulah diorang teruja dengan kehadiran putri ini.
Saya dan abang terlebih-lebih lagi. Namun kami berazam untuk tidak membeza-bezakan antara anak lelaki atau perempuan. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.
'Ya Allah,berikan kami kekuatan,kesabaran dan hikmah untuk mendidik anak-anak kami agar menjadi hambaMu yan bertaqwa dan berjaya di dunia dan akhirat'
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment