Hari Jumaat memang hari yang saya tunggu-tunggu.
Dalam Islam, hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat hari Nabi Adam AS dijadikan, diturunkan dari Syurga, dimasukkan semula ke dalam Syurga dan dimatikan. Pada hari Jumaat ada satu masa yang dinamakan 'waktu mustajab' yang mana Allah akan memakbulkan doa kita kita kita berdoa pada waktu ini. Hari kiamat juga berlaku pada hari Jumaat. (Sila rujuk http://rampaiseri.wordpress.comm/ untuk lebih lanjut).
Bagi saya hari Jumaat adalah hari yang memang ditunggu sebab esoknya saya cuti. Saya akan berada bersama anak-anak! Itu yang membahagiakan...setelah 5 hari bekerja, cuti 2 hari di hujung minggu memang dinanti-nanti... Biasanya kami akan ke rumah Eyang (mama saya) atau sekadar lepak di rumah...lepas tu, ligat la otak saya memikir mana nak pergi...
Apa rancangan minggu ini? Belum ada yang pasti...rasanya nak pergi hantar WNA 4442 ke bengkel untuk diservis (dah over-due!), lepas tu mungkin pergi tengok wayang cerita Magadascar 2...ini pun kalau ada orang nak teman. Mana larat nak bawa hero-hero ni seorang diri...
Adios!
Friday, November 21, 2008
Thursday, November 20, 2008
Keletihan
Minggu-minggu terakhir kehamilan ini terasa masa berlalu begitu perlahan. Keletihan melayan 2 orang putra di rumah yang semakin lasak di samping membawa perut yang semakin berat ini tak mampu digambarkan dengan kata-kata mahu pun tulisan.
Saya tak punya pembantu di rumah. Suami pula bekerja untuk waktu yang panjang, pukul 10 malam baru pulang. Itu pun kalau bernasib baik-tak ramai orang di kedai. Selalunya, pukul 11 lebih baru sampai dan terus tersadai di depan TV- keletihan. Jadi, segalanya harus diuruskan sendiri. Mujur kadang-kala abang mahu membantu. Tapi itu pun kalau moodnya okay!
Memanglah nama pun anak-anak. Yang mereka tahu hanya menangis bila kesakitan, merengek minta susu dan mahu dibelai/ditepuk sebelum tidur tanpa mengira bahawa mamanya sedang keletihan dan kepenatan setelah seharian di tempat kerja dan memandu pulang sendirian untuk satu perjalanan 90 minit pergi dan pulang.
Tuhan saja yang tahu betapa mencabarnya menjadi seorang ibu. Di waktu ini jika iman dan sabar tidak menjadi benteng, mungkin anak-anak yang tak mengerti itu akan menjadi mangsa sumpah seranah siibu yang keletihan.
Syukur Tuhan masih mendengar keluhan hambaNya ini… Masih diberinya kesabaran dan kewarasan untuk melayan permata hati ini. Mudah-mudahan ada ganjaran kecil untuk siibu ini di kemudian hari. Insya Allah!

Wednesday, November 19, 2008
Tuhan Lebih Tahu

Hidup ini tidak selalu seperti yang kita impikan. Seringkali apa yang kita mahu jarring kita perolehi. Tetapi sebenarnya, itulah yang terbaik untuk kita. Saya tidak tahu orang lain macam mana, tapi untuk diri saya, hal ini memang selalu benar. Setelah mendapat 5A dalam UPSR, saya teringin benar pergi ke sekolah agama yang terkemuka di Kajang waktu itu, Maahad Hamidiah. Tapi saya dapat ke sekolah Menengah Agama Tinggi Hisamuddin (SMATH), Kg Jawa, nun jauh di Kelang sana.
Pertama kali tinggal di asrama, saya benar-benar rindukan keluarga. Sekolah agama negeri, banyak betul yang kurang, tak sama macam di rumah. Tapi di sana saya jumpa diri saya dan Tuhan saya. Saya belajar bahawa hidup harus berjalan di atas orbit yang telah Tuhan tetapkan. Jika tidak, kita akan tergelincir. Bukan sedikit ex-pelajar sekolah agama yang akhirnya tak macam pelajar sekolah agama. Saya jumpa ramai kawan-kawan dan senior-senior yang sangat baik yang mendidik saya menjadi seorang hamba Allah.
Kemudian selepas SRP, saya mahu ke KISAS sebab di sana penghayatan agamanya lebih bagus dari SMATH tapi saya dapat masuk SMAPK. Rupa-rupanya di SMAPK, kehidupan menjadi lebih bererti. Meniti kehidupan remaja, saya rasa bertuah berada di situ. Tanpa sedikit pun ’biah Islamiyyah’ dikompromosi (compromise), saya sempat merasa ‘cinta monyet’ tetapi masih dalam keadaan terkawal. Masih di atas orbitNya!
Kini, ketika diri semakin dewasa saya semakin pasrah dan yakin pada ketentuanNya. Walaupun ada ketikanya hati terasa pedih kerana keinginan tak tercapai atau diri terasa letih dengan keadaan sekeliling, saya selalu berbisik kepada hati, sabarlah untuk seketika…Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buatmu…Yakinlah, ini semua ujian kerana Dia tidak pernah sekali menganiaya diri mu…
Seketika, hati terasa lapang…kepedihan dan derita ini tak lama…semuanya pasti akan berlalu pergi. Itu janji Tuhan. Cuma, kita harus terus bersabar menanti, pasrah dan jangan sesekali putus asa dengan Nya!

Subscribe to:
Posts (Atom)