Thursday, November 20, 2008

Keletihan

Minggu-minggu terakhir kehamilan ini terasa masa berlalu begitu perlahan. Keletihan melayan 2 orang putra di rumah yang semakin lasak di samping membawa perut yang semakin berat ini tak mampu digambarkan dengan kata-kata mahu pun tulisan.

Saya tak punya pembantu di rumah. Suami pula bekerja untuk waktu yang panjang, pukul 10 malam baru pulang. Itu pun kalau bernasib baik-tak ramai orang di kedai. Selalunya, pukul 11 lebih baru sampai dan terus tersadai di depan TV- keletihan. Jadi, segalanya harus diuruskan sendiri. Mujur kadang-kala abang mahu membantu. Tapi itu pun kalau moodnya okay!

Memanglah nama pun anak-anak. Yang mereka tahu hanya menangis bila kesakitan, merengek minta susu dan mahu dibelai/ditepuk sebelum tidur tanpa mengira bahawa mamanya sedang keletihan dan kepenatan setelah seharian di tempat kerja dan memandu pulang sendirian untuk satu perjalanan 90 minit pergi dan pulang.

Tuhan saja yang tahu betapa mencabarnya menjadi seorang ibu. Di waktu ini jika iman dan sabar tidak menjadi benteng, mungkin anak-anak yang tak mengerti itu akan menjadi mangsa sumpah seranah siibu yang keletihan.

Syukur Tuhan masih mendengar keluhan hambaNya ini… Masih diberinya kesabaran dan kewarasan untuk melayan permata hati ini. Mudah-mudahan ada ganjaran kecil untuk siibu ini di kemudian hari. Insya Allah!